PETALING JAYA 30 Mac – Pembeli rumah kini mempunyai pilihan pinjaman perumahan yang lebih menarik menerusi Skim Pembelian Rumah Pertamaku yang dilancarkan Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, menerusi skim itu pembeli rumah pertama layak membuat pinjaman sehingga RM500,000 dengan 100 peratus margin pembiayaan tanpa perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan.

Lebih menarik katanya, MBSB juga tidak menetapkan gaji kelayakan untuk pinjaman itu sebaliknya menilai peminjam dari sudut kemampuan membeli rumah dengan standard penilaian dalaman serta mengikut panduan daripada Bank Negara Malaysia.

“Skim ini ditawarkan kepada mereka yang berusia bawah 35 tahun dan kita menyasarkan sebanyak RM500 juta dapat disalurkan melalui skim ini kepada peminjam sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan skim tersebut.

Menurut Ahmad Zaini, skim pinjaman itu diperkenalkan bagi menyokong inisiatif kerajaan membantu rakyat terutama generasi muda memiliki rumah.

Katanya, jika skim yang disasarkan kepada pembeli rumah kali pertama ini mendapat sambutan yang baik, MBSB menetapkan sasaran untuk menambah jumlah pinjaman itu kepada RM1 bilion.

“Kami berharap ini dalam melegakan kumpulan sasaran yang kebanyakannya pendatang baharu dalam tenaga kerja dan berhadapan dengan cabaran kos sara hidup dan harga harta yang semakin meningkat di negara ini.

“Skim ini tentunya untuk menyokong seruan kerajaan dan aspirasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan generasi muda di Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, MBSB juga sedang melihat kemungkinan untuk bekerjasama dengan pemaju dalam program prakelulusan yang mana mereka dapat memberikan kelulusan dan surat tawaran semasa projek perumahan dilancarkan.

-Utusan

Artikel dan Promosi Berkaitan

Incoming search terms:

3 thoughts on “MBSB tawar pinjaman rumah 100 peratus

  1. lagat ak unja on said:

    ingin tahu tawaran pinjaman perumahan 100% yang disediakan oleh MBSB.

  2. lagat ak unja on said:

    Boleh bagi keterangan tentang pinjaman perumahan yang pihak MBSB sediakan.

  3. norfazariyah ramli on said:

    salam sejahtera..boleh membuat pinjaman peribadi setelah membuat pinjaman peribadi di bank lain sebelum ini?
    yang mana lebih menyenangkan saya untuk masa panjang jika saya juga berkehendakkan pinjaman rumah pertama kelak jika penawaran 100% pinjaman rumah? terimakasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *